Dasar Privasi
Privasi
Aplikasi HRMIS Mobile PDRM (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu penjawat awam melaksanakan pelbagai urusan berkaitan pengurusan sumber manusia. Aplikasi ini membolehkan penjawat awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") membuat semakan maklumat peribadi, membuat semakan dan permohonan cuti, gantian cuti rehat dan pergerakan, menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai dan anggota serta membuat pengurusan keluar pejabat dalam waktu bertugas. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan kemudahan kepada pengguna HRMIS bagi membuat aduan serta memberi cadangan penambahbaikan.
HRMIS Mobile PDRM dimiliki dan dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan GAMMA. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
PDRM (“kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi ini dan polisi ini akan sentiasa dikemas kini.
Maklumat Yang Diperolehi
- Aplikasi ini mendapatkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran, pengurusan rekod cuti, pengurusan rekod keluar pejabat, memberi cadangan penambahbaikan dan membuat aduan.
- Aplikasi ini mengekstrak dan mendapatkan data peribadi pengguna menerusi HRMIS berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna).
Ringkasan Kebenaran
Semasa menggunakan fungsi di aplikasi ini, kami ingin meminta akses seperti di bawah untuk memberi anda pengalaman yang lebih baik:
- Galeri Gambar dan Fail: Untuk membolehkan pengguna memuat naik lampiran dokumen sokongan bagi fungsi berkaitan.
- Kamera: Untuk membolehkan pengguna memuat naik gambar bagi fungsi yang berkaitan.
Perkongsian & Pendedahan Maklumat
Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengguna kepada mana-mana pihak atau agensi awam.
Sebarang maklumat berkaitan pengguna tidak akan disebarkan sama sekali kepada mana-mana pihak. Maklumat asas pengguna semasa proses pendaftaran akan disemak silang (cross check) dengan kewujudan rekod pengguna di dalam pangkalan data HRMIS dan segala maklumat pengguna yang dikemas kini atau di tambah di dalam aplikasi ini.
Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang.
Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan
Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
Kerahsiaan
Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
Keselamatan Data
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.
Perubahan Kepada Dasar Privasi
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemas kini di halaman ini.